Perkhidmatan
Semua cawangan Primakasih memberikan perkhidmatan yang lengkap dan komprehensif kepada anda, dan keluarga.

Pemeriksaan dan Rawatan Pesakit Luar
Pemeriksaan kesihatan dan rawatan yang menyeluruh dan komprehensif untuk seisi keluarga oleh doktor yang berdedikasi dan berpengalaman.
Pemeriksaan kesihatan meliputi pelbagai peringkat umur dan kondisi pesakit, termasuk untuk mengenalpasti individu yang berisiko menghidapi penyakit.
Rawatan juga melibatkan pelbagai tahap dari rawatan ringan ke rawatan kecemasan.

X-Ray
X-Ray boleh digunakan 24Jam tanpa perlu membuat temujanji
X-Ray boleh digunakan untuk:
-
Medical Checkup untuk Pra-Universiti dan Pekerjaan
-
Kemalangan atau jatuh
-
Sakit tulang atau sendi
-
Sakit belakang
-
Pemantauan selepas rawatan untuk pesakit lutut (Osteoarthritis atau Rheumatoid Arthritis)
-
Batuk atau jangkitan paru-paru

Makmal Ujian Darah & Urine
Klinik Perubatan Primakasih menyediakan in-house laboratory (makmal dalam klinik) untuk mempercepatkan proses mendapatkan keputusan darah atau urine (air kencing). Keputusan darah atau urine boleh dikeluarkan kurang dari 5 minit berbanding 3 hari waktu bekerja apabila dihantar ke makmal luar.
Antara Ujian yang boleh dilakukan:
-
Full Blood Count (FBC) - mengenalpasti jumlah Hemoglobin (Hb), Red Blood Cell (Sel Darah Merah), White Blood Cell (Sel Darah Putih) dan Platelet.
-
UFEME - mengenalpasti masalah seperti jangkitan salur kencing, batu karang, Chronic Kidney Disease (CKD) atau Acute Kidney Disease (AKD)
-
Urine Drug Test - mengenalpasti jenis-jenis dadah di dalam urine.
-
Influenza Test - mengenalpasti jangkitan Influenza A atau Influenza B. Peratusan ketepatan keputusan tinggi.
-
Covid Test - mengenalpasti jangkitan covid
-
Dengue Test - mengenalpasti jangkitan demam denggi
-
Urine Pregnancy Test - mengenalpasti kandungan, ketepatan keputusan adalah 98%

Titisan IV
Rawatan IV Drip (Titisan IV) bagi merawat:
-
Cirit-Birit
-
Muntah-Muntah
-
Demam
-
Lesu dan Lemah Badan
-
Denggi
-
Keracunan Makanan
-
alahan mengandung yang teruk
