Ingin memiliki klinik sendiri ?

Tanpa perlu pengalaman dan kepakaran dalam bidang perubatan.

Sertai rangkaian Klinik Primakasih dan menjadi rakan kongsi dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan berimpak tinggi.

HUBUNGI KAMI

Pasaran Berkembang Pesat

Unjuran MATRADE meramalkan pasaran penjagaan kesihatan Malaysia meningkat 13.5% setahun hingga tahun 2028. Perubahan gaya hidup moden dan demografi menua menyumbang kepada pertumbuhan pesat ini.

Permintaan Tinggi

Menjelang tahun 2030, kira-kira 15% penduduk Malaysia berumur lebih daripada 60 tahun. Ini bermakna permintaan perkhidmatan kesihatan dan penjagaan warga emas dijangka melonjak secara mendadak.

Sokongan Kerajaan

Sektor kesihatan menarik pelabur berkualiti, disokong populasi menua dan belanjawan kerajaan RM41.22 billion (2024) yang meningkat dan membuka peluang pembangunan klinik moden.

Model Usahasama Mampan

Terdapat permintaan global untuk francais penjagaan kesihatan yang menandakan peluang meluas untuk usahawan dan pelabur tempatan. Dengan model perniagaan usahasama kami, anda boleh menembusi pasaran dengan risiko dan kos lebih rendah.

Apa Yang Kami Tawarkan

Primakasih menyediakan sokongan penuh untuk membuka cawangan baru anda. Kami hadirkan konsep klinik 2 dalam 1 iaitu kombinasi klinik am dan pusat perubatan yang menyediakan perkhidmatan lengkap di bawah satu bumbung. Berikut adalah perkara yang anda akan peroleh:

Identiti dan Reka Bentuk Klinikal

Logo eksklusif jenama Primakasih, garis panduan korporat, dan rekabentuk dalaman profesional untuk imej klinik yang menarik pelanggan.

Pasukan Perubatan dan Operasi

Kami menyediakan doktor, jururawat, dan kakitangan sokongan terlatih. Anda tidak perlu mengurus sumber manusia secara harian kerana Primakasih akan menguruskan operasi klinik dari awal hingga akhir.

Piawaian Operasi dan Sistem Terkini

Manual operasi klinik yang tersusun dan sistem pengurusan pesakit berteknologi tinggi (termasuk integrasi AI dalam operasi dan sistem tempahan temujanji) disediakan.

Pemasaran dan Panel Insurans

Pasukan kami akan menguruskan pemasaran digital (media sosial, SEO, iklan) untuk mempromosikan klinik. Anda juga mendapat akses panel insurans dan rangkaian pembekal ubat kos rendah, yang dapat menambah nilai kepada perkhidmatan klinik.

Pelabur

Individu berdaya maju yang ingin melabur dalam perniagaan kesihatan berisiko rendah, menerima pulangan pasif tanpa terlibat dalam operasi harian.

Doktor dan Profesional Perubatan

Doktor yang sudah ada klinik tetapi mahukan pendapatan pasif dan menyerahkan urusan pengurusan kepada pasukan kami.

Usahawan

Usahawan yang berminat membangunkan perniagaan kesihatan, memanfaatkan jenama Primakasih dan sokongan menyeluruh kami.

Jika anda tergolong dalam tiga golongan di atas dan berminat menceburi bidang klinik penjagaan kesihatan. Andalah orang yang kami cari !

Image

Usahasama

Anda menyumbang modal dan berkongsi keuntungan. Primakasih bersama anda sebagai rakan kongsi operasi untuk memastikan pulangan pelaburan stabil dan menyediakan sokongan penuh.

Image

Pelaburan Pasif

Primakasih menguruskan 100% operasi dari proses pendaftaran perniagaan dan kelulusan KKM sehingga pembukaan serta pengurusan klinik. Anda hanya menikmati keuntungan bulanan tanpa kerja tambahan.

Image

Pelaburan Fleksibel

Pelaburan boleh dilakukan mengikut kemampuan modal, membolehkan anda memulakan projek klinik dengan risiko yang lebih terkawal sambil menikmati pertumbuhan aset dalam jangka masa panjang.

Proses Buka Klinik Bersama Kami

01

Pendaftaran

Pengesahan maklumat dan penetapan sesi

02

Lawatan Tapak dan Rundingan

Cadangan lokasi dan belanjawan disediakan

03

Perjanjian Kontrak dan Pelaburan

FDD dan perjanjian francais disediakan

04

Sediakan Premis Klinik

Reka bentuk dalaman dan penjenamaan dibangunkan

05

Doktor dan Staf

Pemilihan dan latihan staf

06

Pelancaran Klinik Baharu

Pemasaran pre dan pelancaran operasi

07

Pantau Prestasi dan Keuntungan

Pemantauan KPI dan sokongan berterusan

2 Jenis Pelaburan Yang Boleh Dipilih

Tentukan jenis pelaburan yang sesuai dengan anda !

1 Lot Kedai

  • Untuk Doktor / Pelabur
  • Ultrasound (Sewaan Peribadi)
  • Ubat-ubatan
  • Peralatan Perubatan

Jadilah Pelabur & Rakan Kongsi Klinik Kami

Kami menawarkan peluang eksklusif kepada pelabur yang berwawasan untuk membuka cawangan klinik baharu bersama jenama kami.

Dari persediaan hingga operasi harian – kami yang uruskan semuanya.

Panduan lengkap lesen perubatan dan pendaftaran SSM, selaras Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Swasta 1998

  • Penyediaan logo jenama, panduan identiti dan reka bentuk dalaman profesional

  • Manual operasi (SOP) untuk sistem pengurusan klinik, inventori dan janji temu

  • Pencarian dan pengurusan doktor berdaftar, jururawat dan staf

  • Sistem AI automatik untuk WhatsApp dan mesej pelanggan 24/7

  • Strategi pemasaran digital menyeluruh termasuk SEO tempatan, Google Ads, Meta Ads, serta pengurusan ulasan

  • Sokongan Google Business Profile dan SEO setempat untuk pendedahan yang tinggi sejak hari pertama

  • Program CRM automatik untuk pemantauan prospek, pengesahan janji temu, dan susulan selepas lawatan

  • Latihan intensif dan pemantauan KPI bulanan

  • Panduan aktiviti sosial yang merangkumi penghasilan video pendek oleh doktor dan staf, perkongsian cerita pesakit, serta penganjuran seminar komuniti

  • Program rujukan (rakan-rakan) untuk pesakit menerima diskaun atau pemeriksaan kesihatan percuma bagi setiap pesakit baru

Sertai kami harini untuk sesi taklimat & lawatan ke cawangan kami!