Pasukan

Kepimpinan Utama

Di sebalik setiap jenama yang kukuh, terdapat barisan kepimpinan yang berwawasan. Pasukan pengurusan tertinggi di Primakasih dibentuk oleh individu yang membawa kepakaran strategik, komitmen terhadap kecemerlangan perkhidmatan kesihatan dan dorongan untuk memacu pertumbuhan yang mampan. Dengan latar belakang profesional yang pelbagai dan kepimpinan yang berwibawa, mereka menerajui transformasi klinik ke arah menjadi rangkaian penjagaan kesihatan utama di peringkat nasional.

Image

Ketua Pegawai Eksekutif

Dr. Abdul Hafiz Abdul Rahman

Memimpin dengan visi. Membentuk hala tuju strategik.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Abdul Hafiz memainkan peranan utama dalam membentuk hala tuju korporat syarikat, menerajui pengembangan strategik dan memperkukuh nilai jenama Primakasih. Beliau mengetuai inisiatif pertumbuhan jangka panjang, termasuk peluasan rangkaian klinik, pengurusan hubungan pelabur dan penetapan keutamaan strategik yang menyokong aspirasi syarikat untuk berkembang secara nasional.

Fokus Utama:

  • Strategi korporat and pertumbuhan skala nasional.
  • Pengembangan rangkaian dan model perniagaan.
  • Medium perhubungan dengan pelabur dan pihak berkepentingan.
  • Kepimpinan budaya organisasi dan tadbir urus.
Image

Ketua Pegawai Operasi

Mohd Adam Mohd Nasir

Menzahirkan kecekapan. Memacu pelaksanaan.
Mohd Adam bertanggungjawab terhadap operasi harian dan pelaksanaan inisiatif strategik di peringkat cawangan. Dengan pengalaman luas dalam pengurusan operasi dan perkhidmatan pelanggan, beliau memastikan penyampaian perkhidmatan yang konsisten, berkualiti tinggi, dan berpaksikan pesakit. Fokus beliau terhadap sistem, proses dan pematuhan menjadikan beliau individu penting dalam menjamin kelangsungan operasi dan kepuasan pelanggan di semua klinik di bawah jenama Primakasih.

Fokus Utama:

  • Pelaksanaan SOP dan kecekapan operasi.
  • Penambahbaikan berterusan pada perkhidmatan pelanggan.
  • Pengurusan tenaga kerja dan sumber klinikal.
  • Pematuhan piawaian kesihatan dan peraturan industri.
Image

Ketua Pegawai Kewangan & Ketua Pegawai Teknologi

Mohd Shahril Amin Bistamam

Mengimbangi strategi kewangan da implementasi inovasi digital.
Gabungan peranan sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Teknologi mencerminkan pendekatan sinergi antara pengurusan sumber kewangan dan pemerkasaan teknologi. Dengan latar belakang kukuh dalam pengurusan syarikat dan industri teknologi maklumat, Shahril Amin bertanggungjawab merangka strategi kewangan yang mampan serta memacu transformasi digital dengan tumpuan merangkumi automasi proses, kecekapan data, integrasi kecerdasan buatan serta pembangunan infrastruktur teknologi kesihatan yang selamat dan berskala tinggi.

Fokus Utama:

  • Perancangan dan analisis kewangan strategik.
  • Pengurusan risiko dan pematuhan kewangan.
  • Pendigitalan proses dan sistem sokongan klinik.
  • Pembangunan infrastruktur teknologi dan keselamatan data.

Barisan Doktor Kami

Kenali barisan doktor profesional dan penyayang di Klinik Perubatan Primakasih yang komited dalam memberikan penjagaan kesihatan terbaik.

Dr. Shahrul Fadzli
Dr. Shahrul FadzliDoktor Residen

Dr. Shahrul Fadzli ialah Doktor Residen di Klinik Perubatan Primakasih Alor Setar dengan lebih 9 tahun pengalaman klinikal di peringkat antarabangsa, termasuk di Australia dan Malaysia. Baca Maklumat Lanjut >

Dr. Abu Naim
Dr. Abu NaimDoktor Residen

Dr. Abu Naim merupakan Doktor Residen di Klinik Perubatan Primakasih dengan lebih 9 tahun pengalaman dalam bidang perubatan am, prosedur pembedahan kecil dan kes ortopedik am. Baca Maklumat Lanjut >

Dr. Muhammad Hasif
Dr. Muhammad HasifDoktor Residen

Dr. Muhammad Hasif merupakan Doktor Residen di Klinik Perubatan Primakasih dengan pengalaman luas dalam penjagaan kesihatan primer juga perubatan keluarga, pemeriksaan antenatal menggunakan ultrasound dan lain-lain. Baca Maklumat Lanjut >

Bahagian Sokongan Korporat

Bahagian Sokongan Korporat bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan, pentadbiran, sumber manusia dan lain-lain bagi memastikan kelancaran dalaman yang menyokong misi klinikal kami.