Visi dan Misi

Image

Tentang Primakasih

Perjalanan Klinik Perubatan Primakasih bermula pada tahun 2019 dengan pembukaan cawangannya yang pertama di Yan, Kedah. Berpegang kepada slogan “Personal Humanizing Healthcare”, kami memperkenalkan pendekatan moden dalam perkhidmatan perubatan sambil mengekalkan malah memperkukuhkan nilai asas kebajikan agar terus relevan dengan perkembangan semasa.

Primakasih mengamalkan pendekatan kesihatan pencegahan, berteraskan prinsip “Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat”. Oleh itu, kami amat menggalakkan pemeriksaan rutin dan pemantauan kesihatan komprehensif bersama doktor bagi memastikan kesejahteraan jangka panjang, gaya hidup sihat dan kebahagiaan seisi keluarga.

Dengan kemudahan perubatan moden dan teknologi terkini, kami menyediakan perkhidmatan kesihatan primer yang memenuhi keperluan komuniti daripada rawatan klinikal harian, pemeriksaan kesihatan menyeluruh hinggalah kepada sokongan dan komunikasi konsisten pasca rawatan.

Kini, rangkaian Primakasih merangkumi beberapa cawangan yang dikendalikan oleh doktor, jururawat dan kakitangan profesional berkelayakan tinggi. Setiap ahli pasukan kami dilatih untuk memberikan rawatan holistik, mesra dan penuh empati selaras dengan komitmen kami untuk menjadi penyedia penjagaan kesihatan terulung yang dipercayai di Malaysia.

Visi Kami

Visi utama kami adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan pilihan utama masyarakat.

Bagi mencapai visi kami, Primakasih meletakkan matlamat untuk menjadi klinik pilihan utama dalam menyediakan penjagaan penuh empati untuk semua lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hingga warga emas di Malaysia. Kami komited untuk meningkatkan kualiti hidup terutamanya warga emas dengan memenuhi keperluan pesakit yang memerlukan rawatan yang kompleks.

Selain itu, kami juga komited untuk memberikan penjagaan, rawatan dan diagnosis kesihatan yang unggul kepada semua pesakit kami. Kami berdedikasi untuk menjadi penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan pilihan dengan mengabungkan penggunaan teknologi secara inovatif, doktor berpengalaman serta kakitangan yang terlatih yang bekerjasama untuk menawarkan pengalaman penjagaan kesihatan menyeluruh kepada pesakit.

Misi Kami

Berpasukan

Kami mengutamakan budaya berpasukan yang diketuai oleh doktor di klinik. Semangat ini berteraskan penjagaan berhubungan rapat dan berpusatkan hubungan manusiawi. Inilah teras utama kepada nilai-nilai kami.

Komited

Kami komited membina hubungan kemanusiaan antara doktor dan pesakit yang menjadi asas konsep Syariah. Kami percaya bahawa mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan prinsip ini menjadi pendekatan kami.

Beraspirasi

Kami berinspirasi menjadi penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan primer terkemuka di Malaysia dengan membawa inovasi bermanfaat, strategi berkolaborasi dan penggunaan data bagi pencegahan penyakit.

Profesional

Kami berbangga menjadi entiti perniagaan yang diterajui oleh para profesional dalam penjagaan kesihatan primer di bawah jenama Primakasih. Kami berdedikasi untuk memberikan penjagaan yang terbaik kepada komuniti.

Keistimewaan Primakasih

Di Primakasih, kami memahami kepentingan penjagaan kesihatan untuk semua peringkat usia. Dari kanak-kanak hingga warga emas, kami menawarkan rawatan yang disesuaikan dengan keperluan setiap ahli keluarga.

Rawatan untuk semua meliputi rawatan kesihatan am, pemeriksaan kesihatan berkala, vaksinasi hingga rawatan khas seperti rawatan lutut, luka dan lain-lain.

Nilai Teras

Di Primakasih, kami berpegang teguh kepada nilai-nilai teras HARMONI yang ditetapkan demi membentuk identiti dan budaya kerja kami. Setiap nilai ini menjadi asas dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada pesakit dan komuniti.

Hubungan

Hubungan

Membangunkan kepercayaan dengan pesakit dan komuniti untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Amanah

Amanah

Mengutamakan ketelusan, integriti, dan etika dalam setiap rawatan.

Rantaian

Rantaian

Membina jaringan kesihatan yang kukuh untuk rawatan lebih menyeluruh.

Mahir

Mahir

Profesionalisme dan kemahiran tinggi dalam memberikan rawatan terbaik.

Optimistik

Optimistik

Memberikan harapan dan motivasi kepada pesakit untuk pemulihan yang lebih baik.

Naluri

Naluri

Peka terhadap keperluan pesakit dengan pendekatan penuh empati.

Inovasi

Inovasi

Mengaplikasikan teknologi dan rawatan terkini untuk hasil yang lebih efektif.