
Dr. Abu Naim
Dr. Abu Naim ialah seorang doktor yang berdedikasi dan berpengalaman luas dalam bidang perubatan am serta prosedur klinikal. Dengan lebih 9 tahun pengalaman, beliau terkenal dalam kalangan pesakit sebagai seorang yang tenang, prihatin dan cekap.
Beliau percaya bahawa perkhidmatan perubatan bukan sekadar merawat penyakit, tetapi menyentuh kehidupan pesakit secara menyeluruh, dari aspek fizikal, mental hingga sokongan emosi.
Pengalaman beliau yang pelbagai dalam sektor perubatan awam dan swasta menjadikan beliau sangat mahir dalam mengendalikan kes-kes kompleks di klinik harian. Pendekatan beliau yang teliti dan mesra pesakit menjadikan beliau antara tonggak penting dalam pasukan perubatan Klinik Primakasih.
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery) daripada Alexandria University, Mesir.
- Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah daripada tahun 2018 hingga 2022.
- Doktor Lokum di beberapa klinik swasta di utara Malaysia sejak 2020.
- Menyertai Klinik Perubatan Primakasih pada tahun 2023.
- Prosedur pembedahan kecil seperti jahitan luka, debridement, incision & drainage, ray’s amputation dan lain-lain.
- Suntikan klinikal.
- Penjagaan pesakit luar dan dalam.
- Pendidikan kesihatan.
- Kes ortopedik am.