Mohd Adam bin Mohd Nasir

Mohd Adam Mohd Nasir merupakan seorang usahawan teknikal yang berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, pembinaan infrastruktur dan perkhidmatan pemetaan utiliti bawah serta ukur tanah. Beliau merupakan pengasas kepada dua syarikat berasaskan kejuruteraan iaitu AH Survtech Sdn Bhd dan Jaluran Engineering & Technology Sdn Bhd.

Beliau menyertai Primakasih Group Sdn Bhd sebagai langkah strategik untuk mengembangkan penglibatannya dalam sektor penjagaan kesihatan, menjadikannya sebagai cabang perniagaan baharu dalam portfolio keusahawanan beliau.