Ketua Pegawai Eksekutif
Ketua Pegawai Eksekutif

Dr. Abdul Hafiz Abdul Rahman

Dr. Abdul Hafiz merupakan seorang doktor perubatan, jurulatih bertauliah dan usahawan berwawasan dengan rekod cemerlang dalam membina perniagaan penjagaan kesihatan serta memimpin komuniti perniagaan berskala besar.

Beliau adalah pengasas dan peneraju jenama Primakasih yang berkembang pesat di Kedah dengan rangkaian klinik, farmasi dan pusat fisioterapi. Kepimpinannya melangkaui sektor kesihatan apabila beliau turut menerajui BNI Kedah South sebagai Pengarah Bahagian sebuah ekosistem perniagaan berasaskan jaringan rujukan yang kini mempunyai beratus ahli yang aktif.

Dikenali kerana pendekatan kepimpinan yang bertenaga, strategik dan berfokus kepada hasil, beliau berperanan penting dalam memacu pertumbuhan organisasi serta memupuk sinergi antara komuniti perniagaan dan sektor kesihatan.