
Dr. Shahrul Fadzli
Dr. Shahrul Fadzli seorang pengamal perubatan profesional yang membawa pengalaman antarabangsa ke dalam sistem kesihatan tempatan. Dengan pengalaman lebih 9 tahun di Australia dan Malaysia, beliau tidak hanya mahir dalam rawatan klinikal tetapi juga dalam aspek pendidikan, kepimpinan dan pembangunan sistem perkhidmatan kesihatan primer.
Beliau merupakan seorang doktor yang berwawasan luas, menggabungkan pendekatan moden berasaskan bukti dengan nilai kemanusiaan yang tinggi.
Dr. Shahrul Fadzli terkenal dengan keupayaannya dalam membimbing pesakit dan pasukan perubatan dengan penuh integriti, komunikasi berkesan dan kefahaman yang mendalam terhadap keperluan komuniti. Komitmen beliau terhadap penjagaan kesihatan yang menyeluruh menjadikan beliau aset penting dalam Klinik Perubatan Primakasih.
Ijazah Perubatan (Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery) daripada University of Western Sydney, Australia.
- Fellowship of the Royal Australian College of General Practitioners (FRACGP).
- Sijil Lanjutan Dermatologi Am daripada Bond University, Australia.
- GP Specialist di Highlands GP & Emerald Hills Medical Centre Australia daripada tahun 2019 hingga 2024.
- Pegawai Perubatan Keluarga (attachment) di Klinik Kesihatan Jalan Putra Alor Setar daripada tahun 2024 hingga 2025.
- Doktor Lokum di pelbagai klinik kecemasan dan luar bandar di Australia.
- Pengalaman rotasi klinikal seperti geriatrik, kecemasan, psikiatri, ortopedik dan neurosurgeri.
- Menyertai Klinik Perubatan Primakasih pada 2025.
- Dermatologi am.
- Geriatrik.
- Kesihatan lelaki.
- Pediatrik.
- Pendidikan perubatan dan bimbingan pelajar perubatan.